twitter
rss

Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan „school of thought‟ yang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan.

Oleh yang demikian, ada juga sarjana yang berpendapat kreativiti suatu konsep ilmu yang sudah memasuki fasa „paradoks‟. Perkembangan yang keterlaluan dalam pelbagai bidang ini menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang amat diminati.

Bagaimana pun kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru.
Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri
dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain
(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap
doktor falsafah. Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang
demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori
kreativiti.

PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...