twitter
rss

Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
  1. Persekitaran dan keindahan alam;
  2. Lukisan dan kraf tangan;
  3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
  4. Drama dan puisi; dan
  5. Warisan budaya
Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika. Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum.


Objektif
Komponen Kreativiti dan Estetika membolehkan murid :

  1. Menikmati keindahan alam melalui persembahan kreatif;
  2. Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif;
  3. Melahirkan perasaan secara kreatif; dan
  4. Menghargai warisan budaya.

Kreativiti & Nilai Estetika Kanak-Kanak

-memberi fokus terhadap perkembangan kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang bersifat seni iaitu lukisan, lukisan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Semua ini diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Aspek utama:

  • persekitaran dan keindahan alam
  • lukisan dan kraf
  • muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif
  • drama dan puisi
  • warisan budaya

Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.

Kreativiti merupakan proses yang berterusan, ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semulajadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna. Melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunkan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

Aktiviti seni membantu perkembangan kanak-kanak. Aktiviti melukis misalnya memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk memilih warna, bahan, bentuk,saiz dan garisan. Merereka boleh memilih bahan yang disukai dan mengeluarkin idea. Aktiviti seni dan kraf dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak misalnya melalui aktiviti menggunting dalam aktiviti kolaj dan membuat pergerakan ketika menyanyi. Semasa menggunakan krayon kanak-kanak belajar membuat kawalan pergerakan jejari mereka. Melalui aktiviti kreatif dan estetika kanak-kanak dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah aktiviti estetika dan kreatif membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...