twitter
rss

Sila ke link ini PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN

Artikel sangat menarik dan mudah difahami..

  1. Apakah Tujuan Unit Ini?
  2. Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri.
  3. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan?
    1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan
    2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
    3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.


  1. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan?
    1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:

bulletBahasa
bulletLogik-matematik
bulletRuang (spatial)
bulletMuzik
bulletKinestetik
bulletInterpersonal
bulletIntrapersonal
bulletNaturalistik

    1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1.
    2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.
    3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.
Baca seterusnya di http://www.teachersrock.net/masteri4.htm

2011/11/23

KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.


"Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan 'soft landing' melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu.


"Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan 'soft landing' di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

PELAKSANAAN Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah menengah dan rendah semakin menurun selepas kerajaan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata hanya lima peratus daripada 7,495 bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 2,192 sekolah menengah masih menggunakan PPSMI.


“Sejak pemansuhan PPSMI, semakin banyak sekolah menengah dan rendah menggunakan Bahasa Malaysia.


“Walaupun, ada mempersoalkan tempoh peralihan, hakikatnya banyak sekolah kini menggunakan bahasa Melayu,” katanya menjawab soalan tam-bahan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berhubung sama ada masih ada pihak yang ingin mengekalkan PPSMI. 


Berita Harian Online: 24 November 2011

1. Apakah itu Dasar MBMMBI 
Dasar MBMMBI (  Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

FAIL MEJA PRASEKOLAH

PENGENALAN


·   Merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat / jabatan. Alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/jabatan keseluruhannya.

Konsep Fail Meja
FAEDAH PENYEDIAAN FAIL MEJA


Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.

2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.

3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...