SUMBER: Pembelajaran-Matematik-di-Prasekolah
TEACHING MATHEMATICS (NCTM)
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
MODUL-TERAS-BI-2011
mohon izin pada penulis untuk share di sini..
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
DARI PERSPEKTIF TEORI
PENGENALAN
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.Rajah 1.1: Jean Piaget
Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif
Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
- Persekitaran dan keindahan alam;
- Lukisan dan kraf tangan;
- Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
- Drama dan puisi; dan
- Warisan budaya
kak yah cuba download kat sini: Perkembangan-Kanak-Kanak-dan-Pendidikan-Muzik-PIAGET
atau kat sini..: Memperkasakan-Pendidikan-Muzik-untuk-Kejayaan-Pelajar-bermula-dari-Golongan-Pendidik-itu-sendiri
klik kat sini juga: Seni-Visual-Dan-Kanak2
kak yah tgk yg mana sesuai, kalau x boleh download beritahu..nor anta emel insyaallah.
assalamualaikum kak yah,
kalau kak yah x boleh nak download beritahu yer..file dia agak besar sikit..nor cuba anta dgn emel, insyaallah. Jika dapat ambik kat sini lagi mudah..:-)
KLIK DI SINI: Perkembangan-Kreativiti-Dan-Estetika
Klik kat sini juga: KOMPONEN-KREATIVITI-DAN-ESTETIKA (dalam ni pun x banyak tentang aktiviti dan estetika)
ps: kak yah nor cuba tukar file pdf ke word tp terlalu besar dan x boleh tukar..sori..:-( nor cuba cari dalam word, nanti kalau ada nor letak kat sini..kalau x jumpa nor minta maaf..
MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.
Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
**untuk baca seterusnya klik kat BACA SETERUSNYA dibelah kanan kat bawah.
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)
Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.
kanak-kanak sememangnya mudah menerima apa2 pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, bewarna warni, imej yang bergerak, imej yang mengeluarkan bunyi dan lain-lain yang memberi daya tarikan kepada mereka.
pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik ke atas awal kanak-kanak ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak.
LINK: PENGGUNAAN PERISIAN DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;
1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
Tokoh pendidikan awal kanak-kanak boleh disownload di link ini: tokoh pendidikan timur dan barat dalam bentuk powerpoint. Terima kasih kepada penulis.