Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
Pengenalan KBKK.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama :
1. Pemikiran kritis. 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat keputusan.
Definasi berfikir.
Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977).
Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :
Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.
Proses berfikir.
Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :
- apa yang saya tahu ( pengetahuan )
- menyoal sendiri ( kemahiran kognitif )
- menilai baik buruknya ( sikap atau nilai )
Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.
Kelemahan dalam berfikir.
- Tiada gambaran
- Tidak tersususn
- Tiada idea
- sempit
- terburu-buru | - kecamuk
- konflik
- salah persepsi
- kabur |
Pemikiran kreatif.
Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,banyak dan pelbagai.
Pemikiran kritis.
Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.
Umur dan keupayaan.
Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikir mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.