Sila ke link ini PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN
Artikel sangat menarik dan mudah difahami..
- Apakah Tujuan Unit Ini? Dalam unit ini anda akan memahami lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam p&p untuk pembelajaran masteri.
- Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan?
- Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan
- Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
- Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
- Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan?
- Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut:
| Bahasa | |
| Logik-matematik | |
| Ruang (spatial) | |
| Muzik | |
| Kinestetik | |
| Interpersonal | |
| Intrapersonal | |
| Naturalistik |
- Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1.
- Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan.
- Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.
2011/11/23
KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.
PELAKSANAAN Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah menengah dan rendah semakin menurun selepas kerajaan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata hanya lima peratus daripada 7,495 bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 2,192 sekolah menengah masih menggunakan PPSMI.
Berita Harian Online: 24 November 2011
1. Apakah itu Dasar MBMMBI
Dasar MBMMBI ( Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
FAIL MEJA PRASEKOLAH
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:
1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
Diadaptasi oleh
Budd Churchward
1. Berfokus
| Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. | |
| Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar | |
| Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. | |
| Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru. |
Adakah berfikir itu penting? Mengapakah seseorang itu perlu berfikir? Manusia adalah satu-satunya makhluk ciptaan tuhan yang dikurniakan akal untuk berfikir bagi menilai sesuatu itu buruk atau tidak. Semua manusia menjalani proses berfikir. Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Namun begitu, setiap individu mempunyai jenis can cara berfikir mereka yang berbeza.Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea hasil. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua ‘Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir’ (KBSB) secara kritis dan kreatif perlu digunakan.
Dalam menghadapi cabaran era globalisasi kini, Wawasan 2020 perlu dijadikan sebagai salah satu penanda aras untuk memacu negara ke arah kegemilangan. Terdapat sembilan cabaran yang perlu dihadapi dengan serius oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang mengikut Arsitotle sebagai intipati kehidupan, dan dalam bahasa seharian dikatakan sebagai jiwa, dan logos, yang dirujuk sebagai ilmu atau sains.
William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno 1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang beransur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia.
Dengan mudah psikologi bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep psikologi sekarang adalah lebih khusus, iaitu didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental.
Daripada definisi di atas kita dapati konsep psikologi mengandungi tiga kata kunci iaitu sains, tingkah laku, dan proses mental.
Psikologi dianggap sebagai satu sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui pemerhatian. Tingkah laku pula adalah merujuk kepada semua tindakan manusia (tingkah laku) yang ketara (dapat dilihat dengan mata kasar), seperti menangis, berjalan, makan, menulis atau apa saja tingkah laku yang dapat dilihat. Manakala proses mental merupakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam pemikiran kita, dimana secara biologisnya proses ini berlaku di dalam otak kita.
Kanak-kanak yang ada harga diri adalah optimistik, bijak hadapi tekanan, mampu mencari penyelesaian dan biasanya bangga dengan diri mereka. Oleh Professor Madya Dr M Swamenathan, Ahli Psikologi |
| |||
Disebabkan harga diri bermula dari kecil, ia penting untuk anda memainkan peranan aktif dalam membantu anak anda meningkatkan harga diri. Inilah beberapa langkah mudah sebagai permulaan. 1. Tiada Perbandingan Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda. 2. Ketepikan JenakaJangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 3. Jangan Memberi Gelaran Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 4. Elakkan Hukuman Automatik Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. |
Teori Behavioristisme, Kognitif dan Konstruktivisme serta Implikasi ketiga teori tersebut dalam pembelajaran
* biarpun bahasa yang diguna adalah dari bahasa indonesia tp cara olahan artikel ini sangat menarik dan amat membantu saya..terima kasih.~nur iman~
1. Teori Behavioristik
Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman.
Teori ini lalu berkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori dan praktek pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar.
Teori behavioristik dengan model hubungan stimulus-responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau pembiasaan semata. Munculnya perilaku akan semakin kuat bila diberikan penguatan dan akan menghilang bila dikenai hukuman.
Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000:143). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada pebelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pebelajar terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan karena tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh pebelajar (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
Pengenalan KBKK.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama :
1. Pemikiran kritis. 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat keputusan.
Definasi berfikir.
Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977).
Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :
Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.
Proses berfikir.
Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :
- apa yang saya tahu ( pengetahuan )
- menyoal sendiri ( kemahiran kognitif )
- menilai baik buruknya ( sikap atau nilai )
Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.
Kelemahan dalam berfikir.
- Tiada gambaran - Tidak tersususn - Tiada idea - sempit - terburu-buru | - kecamuk - konflik - salah persepsi - kabur |
Pemikiran kreatif.
Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,banyak dan pelbagai.
Pemikiran kritis.
Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.
Umur dan keupayaan.
Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikir mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.
esusss
SUMBER: Pembelajaran-Matematik-di-Prasekolah
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL
TEACHING MATHEMATICS (NCTM)
TEACHING MATHEMATICS (NCTM)
PERKONGSIAN / EQUITY
•Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.
Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.
Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.
Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.
Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.
Elemen dalam Perkongsian
Harapan yang tinggi
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
•Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































