twitter
rss

Showing posts with label MASAALAH PEMBELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label MASAALAH PEMBELAJARAN. Show all posts

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.


Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

Kajian ini dijalankan berdasarkan tujuan berikut: (1) Untuk mengenalpasti peratusan kanak-kanak prasekolah terpilih mempunyai simptom sangat berisiko disleksia, (2) Untuk mengenalpasti simptom disleksia di kalangan kanak-kanak prasekolah terpilih mengikut gender, (3) Untuk mengenalpasti subujian polapola disleksia berdasarkan subujian-subujian kajian: (a) Pola Cemerlang, (b) Pola Pencapaian Atas Purata, (c) Pola Normal, (d) Pola Berisiko dan (e) Pola sangat Berisiko.

Kajian dari Fakulti Pendidikan, UKM Bangi ini boleh dibaca di link ini: Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...