twitter
rss

esusss  
sumber: http://preschoolskj11.blogspot.com/  terima kasih


























SUMBER:  Pembelajaran-Matematik-di-Prasekolah


PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL
TEACHING MATHEMATICS (NCTM)

PERKONGSIAN / EQUITY

•Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.

Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.

Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.

Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.

Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.

Elemen dalam Perkongsian
Harapan yang tinggi
Menghormati
Memahami
Sokongan moral yang tinggi kepada murid
Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid.

MODUL-TERAS-BI-2011

mohon izin pada penulis untuk share di sini..

Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativit sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.


Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan(Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan:
“5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor”.

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.


Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

DARI PERSPEKTIF TEORI

PENGENALAN

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.


A. Teori Jean Piaget
Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.


Rajah 1.1: Jean Piaget

Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif

Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atauhukum dalam mendidik kanak-kanak adalah:

•Belajar melalui bermain
•Naluri ingin tahu
•Perkembangan menyeluruh
•Penerapan nilai murni
•Kreativiti
•Kecerdasan pelbagai

2.Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitubelajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapatmerangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati danberdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:

•menggalakkan perkembangan kognitif
•menggalakkan perkembangan fizikal
•menggalakkan kestabilan emosi
•menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial
•menggalakkan perkembangan bahasa
•menggalakkan kreativiti
•memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

Baca seterusnya di sini: Modul-Pendekatan-Dan-Pedagogi

Komponen Kreativiti dan Estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada :
  1. Persekitaran dan keindahan alam;
  2. Lukisan dan kraf tangan;
  3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif;
  4. Drama dan puisi; dan
  5. Warisan budaya
Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika. Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum.

kak yah cuba download kat sini:  Perkembangan-Kanak-Kanak-dan-Pendidikan-Muzik-PIAGET

atau kat sini..:  Memperkasakan-Pendidikan-Muzik-untuk-Kejayaan-Pelajar-bermula-dari-Golongan-Pendidik-itu-sendiri

klik kat sini juga: Seni-Visual-Dan-Kanak2

kak yah tgk yg mana sesuai, kalau x boleh download beritahu..nor anta emel insyaallah.

assalamualaikum kak yah,
kalau kak yah x boleh nak download beritahu yer..file dia agak besar sikit..nor cuba anta dgn emel, insyaallah.  Jika dapat ambik kat sini lagi mudah..:-)

KLIK DI SINI: Perkembangan-Kreativiti-Dan-Estetika

Klik kat sini juga:  KOMPONEN-KREATIVITI-DAN-ESTETIKA  (dalam ni pun x banyak tentang aktiviti dan estetika)

ps: kak yah nor cuba tukar file pdf ke word tp terlalu besar dan x boleh tukar..sori..:-( nor cuba cari dalam word, nanti kalau ada nor letak kat sini..kalau x jumpa nor minta maaf..

MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

**untuk baca seterusnya klik kat BACA SETERUSNYA dibelah kanan kat bawah.

Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan danpembangunan seseorang kanak-kanak. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yangdijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar ataupun di luar bandar. 

Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awalkanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan  dan  kepercayaan  untuk  membantu  perkembangan  seseorang  muriddengan sepenuhnya  dari segi  jasmani, rohani, mental  dan emosi. Transformasikurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telahdisusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awalkanak-kanak. 

Di Malaysia terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikanprasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah KementerianKemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan IntegrasiNasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta bertujuan memastikankanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selarasdengan perkembangan minda dan usia mereka.

Baca seterusnya di link berikut:  HALA-TUJU-PENDIDIKAN-AWAL-KANAK-KANAK-DI-MALAYSIA

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA) 

  
Pendahuluan
 
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

kanak-kanak sememangnya mudah menerima apa2 pengajaran dan pembelajaran baru terutamanya seperti bahan bergambar, bewarna warni, imej yang bergerak, imej yang mengeluarkan bunyi dan lain-lain yang memberi daya tarikan kepada mereka.

pembelajaran berdasarkan ICT yang menarik ke atas awal kanak-kanak ini akan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan ini juga sebenarnya memudahkan guru untuk mengajar mereka. sebenarnya kanak-kanak suka memegang sesuatu yang baru. contohnya apabila kali pertama mereka dapat memegang komputer, sifat ingin tahu mereka lebih mendalam. selalunya kanak-kanak ini hanya perlu ditunjuk empat atau lima kali bagaimana cara hendak memulakan sesuatu pada komputer dan selepas itu mereka sudah cekap mengendalikannya. jadi, itulah salah satu kelebihan penggunaan ICT kepada awal kanak-kanak.



LINK:  PENGGUNAAN PERISIAN DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK




Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;


1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori



Tokoh pendidikan awal kanak-kanak boleh disownload di link ini: tokoh pendidikan timur dan barat  dalam bentuk powerpoint.  Terima kasih kepada penulis.

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI KEPADA GURU
Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
Memperbaiki kesalahan kanak-kanak dengan cara berhemah.
Guru tidak boleh mengharapkan ganjaran tetapi perlu menjadi role model yang baik untuk kanak-kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...